Wednesday, April 2, 2008


Al-Miftah bermakna anak kunci. Anak kunci untuk mrenangi lautan ilmu Bahasa Arab dan anak kunci kepada mencipta kegemilangan tamadun ilmuwan. "Bahasa Arab sentiasa berkembang seiring perubahan zaman, pelbagai istilah baru muncul bagi mengisi keperluan semasa. Kehadiran Kamus Al-Miftah ke pangkuan masyarakat menggabungkan istilah klasik dan moden bagi membantu para profesional, guru dan pelajar menguasai Bahasa Arab dengan baik".


"Bahasa Arab sentiasa berkembang seiring perubahan zaman, pelbagai istilah baru muncul bagi mengisi keperluan semasa. Kehadiran Kamus Al-Miftah ke pangkuan masyarakat menggabungkan istilah klasik dan moden bagi membantu para profesional, guru dan pelajar menguasai Bahasa Arab dengan baik".

Tuesday, April 1, 2008




Tiga lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir yang ditaja Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) berjaya menghasilkan sebuah kamus moden menggabungkan terjemahan tiga bahasa, iaitu Arab, Melayu dan Inggeris, dipercayai yang pertama di negara ini. Tiga sahabat, Mohd Khairi Zainuddin, 35 ; Mohd Fuad Mohd Isa, 26; Mohd Nazri Zainuddin, 31, mengambil masa kira-kira 5 tahun menyiapkan kamus yang dinamakan Al-Miftah itu sambil dibimbing Mufti Negeri Sembilan, Datuk Sheikh Mohd Murtadza Ahmad. Mohd Khairi berkata, kerja merangka kamus itu dimulakan pada 2002 dan diterbitkan Jun lalu bagi membantu masyarakat, terutama orang Melayu mendalami bahasa Arab sebagai bahasa ilmu umat islam. "Matlamat kami untuk membantu orang islam, khususnya pelajar negara ini di Timur Tengah membuat persediaan rapi sebelum memulakan pengajian. Kami yakin ini dapat membantu pelajar baru lebih bersedia sebelum ke timur tengah."

"Ini berdasarkan pemerhatian kami mendapati masalah penguasaan Bahasa Arab selalunya menjejaskan pencapaian pelajar kita disana, "Katanya selepas pelancaran kamus berkenaan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Hasan, di Allson Kelana Resort, di sini kelmarin. Hadir sama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Lilah Yassin dan Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEIANS) Selamat Paigo.

"Mohd Khairi berkata, kamus itu mengandungi 60,000 perkataan dan dijual pada Harga RM220 Senaskah, manakala pembelian sepanjang tempoh promosi yang akan berakhir hujung bulan ini diberikan potongan harga RM50. Katanya, mereka yang berminat mendapatkan kamus berkenaan boleh menghubungi talian 019-6500927.